fbpx

Pengetua, pembantu tadbir sekolah ditahan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

JOHOR BAHRU – Seorang pengetua dan ketua pembantu tadbir sebuah sekolah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang selepas disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM17,000.

Sumber memberitahu, suspek lelaki berusia 53 tahun dan suspek wanita berusia 50 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Kluang, kira-kira pukul 7 malam, semalam.

Tambah sumber tersebut, siasatan awal mendapati mereka meminta dan menerima suapan daripada seorang kontraktor pada Januari lalu.

“Wang tersebut dikatakan sebagai balasan setelah memberikan pelaksanaan projek penyelenggaraan pagar asrama sekolah berkenaan kepada syarikat milik kontraktor terbabit,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, kedua-dua suspek sudah dilepaskan dengan jaminan pihaknya dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI