JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario sepasang pengantin yang memakai pakaian serba ringkas semasa majlis perkahwinan mereka.
Laman berita SindoNews melaporkan, video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @shandy-gendut.
Berdasarkan rakaman, pengantin perempuan dilihat memakai gaun berwarna putih, bertudung coklat dan berseluar hitam.
Pengantin lelaki pula hanya memakai baju kemeja putih dan seluar berwarna krim. Mereka juga tidak mengenakan solekan yang mencolok mata.
Walaupun pakaian mereka serba ringkas, majlis perkahwinan itu tetap berlangsung meriah. Terdapat acara membaling bunga dan tarian di hadapan tetamu.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Walaupun kahwin sekali seumur hidup, paling penting tidak berhutang selepas majlis,” komen seorang netizen. – Agensi