fbpx

Pendaki jatuh tangga 91 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan bertangga ini terletak di Pergunungan Dachstein di Austria. – Getty Images

VIENNA, AUSTRIA – Seorang pendaki Britain terbunuh selepas jatuh dari ketinggian 91 meter ketika memanjat tangga di antara dua tebing di sebuah kawasan pergunungan popular di Austria, lapor akhbar The Sun semalam.

Mangsa  berusia 42 tahun dan identitinya tidak didedahkan. Dia terjatuh dari hujung tangga di Pergunungan Dachstein  iaitu  kawasan pendakian  popular dalam kalangan pelancong yang kerap  memuat naik gambarnya  di laman Instagram.

Tangga tersebut dikendalikan oleh firma Inter-sport, dan  digelar Via-Ferrata. Ia merupakan perkataan dalam bahasa Itali  bermaksud ‘jalan besi’.

Mangsa dikatakan memanjat tangga itu bersendirian, justeru, pihak berkuasa menolak kecuaian pihak ketiga sebagai faktor insiden tersebut berlaku. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI