fbpx

Pembelian panik punca telur, minyak masak, gula dan beras kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIM Chon Siang (kanan) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) ketika melakukan tinjauan barangan keperluan asas di sebuah pasaraya di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Pembelian panik peniaga kedai makan atau restoran menjadi punca utama kepada kekurangan bekalan barangan asas seperti telur, gula, minyak masak dan beras di pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna Dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata, punca terbabit dikenalpasti berdasarkan laporan yang diterimanya dari pihak pasaraya seluruh negeri ini yang membekalkan barangan terbabit.

Katanya, peniaga membuat pembelian panik berikutan kebimbangan mereka sekiranya kesemua barangan asas terbabit terputus bekalan.

“Hari ini kita ada membuat tinjauan di 11 pasaraya di Kuantan dan kita dapati semua aduan pengguna berkaitan barangan seperti gula yang berharga RM2.80, telur dalam sarang, minyak masak paket dan beras tempatan memang berkurangan dan kita akur.

“Ada beberapa sebab berdasarkan apa yang diberitahu pihak pasar raya kepada saya dan sebab pertamanya adalah kerana peniaga berebut-rebut membeli barangan tersebut.

“Sebaik sahaja stok mereka berkurangan, mereka membuat pembelian panik dan membeli secara banyak untuk disimpan di rumah mereka,” katanya dalam sidang akhbar ketika melakukan tinjauan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Pasaraya TMG Batu 3, di sini.

Tambahnya, kekurangan bekalan juga disebabkan peniaga makanan membeli barangan yang sepatutnya dikhususkan untuk golongan B40 seperti minyak masak peket.

Sementara itu Chon Siang berkata, beliau akan membawa isu kekurangan bekalan barangan terbabit ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri.

“Oleh itu, rakyat khususnya peniaga dinasihatkan agar tidak panik dan membuat pembelian mengikut keperluan bagi memastikan bekalan mencukupi

“Jika berdepan masalah bekalan, boleh menghubungi pejabat KPDN Pahang untuk memastikan tidak berlaku terputus bekalan di kawasan mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI