fbpx

Orang asli dijangka terima ‘durian runtuh’ dalam pembentangan Belanjawan Johor 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHARI (berdiri tengah) menyaksikan sesi menandatangani memorandum persefahaman antara Peladangnita dengan PPNJ.

JOHOR BAHRU – Masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal beroleh ‘durian runtuh’ sempena pembentangan Belanjawan Johor 2024 pada bulan November nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, antara penekanan akan diberikan termasuklah soal infrastruktur asas di perkampungan Orang Asli.

Menurut beliau, di Johor dianggarkan terdapat seramai 30,000 masyarakat Orang Asli yang menetap di 60 perkampungan seluruh negeri.

“Dalam pembentangan Belanjawan Johor 2024 ini, saya percaya Menteri Besar akan buat pengumuman penting yang bermanfaat khususnya berkenaan masyarakat Orang Asli, oleh itu saya menjemput wakil-wakil mereka untuk turut hadir mendengar pembentangan itu.

“Ini kerana permintaan golongan itu khususnya melibatkan pembangunan infrastruktur, peningkatan ekonomi, pendidikan, kebersihan dan keceriaan telah saya sampaikan kepada Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi,” katanya.

Tambah Zahari, masyarakat Orang Asli di sini merupakan antara anggota masyarakat yang penting untuk disantuni dalam usaha kerajaan negeri menjadi negeri maju menjelang 2030.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI