fbpx

Nina Smith perjelas wajah tidak nampak ‘kacukan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nina Smith

PETALING JAYA — Selepas menerima kecaman hebat di media sosial, peserta Dewi Remaja 2023, Nina Smith tampil menjelaskan salah faham yang timbul mengenai kenyataan berhubung raut wajahnya.

Jelas wanita itu yang juga seorang pelakon, persoalan mengenai namanya yang dilihat tidak ‘sesuai’ dengan mukanya itu sudah sering kali diajukan sejak berusia 7 tahun lagi.

“Masa saya darjah satu, seorang jururawat bertanyakan betul ke saya ada kacukan atau ke saja-saja letak nama Amalina Smith? Benda tu saya ingat sampai ke besar. Selalu sangat soalan itu diajukan kepada saya.

“Pada awalnya saya tak faham juga tapi lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan pula kerana sepanjang membesar, soalan itu kerap pula berlegar,” katanya dalam satu hantaran.

Tambahnya, dia langsung tidak mempunyai niat untuk menyinggung mana-mana pihak terutamanya kenyataan terhadap rasa ‘insecure’ menjadi Melayu.

“Saya minta maaf jika saya menyinggung mana-mana pihak. Itu bukan niat saya, saya tidak malu untuk mengaku Melayu. Saya tak cakap ‘wajah Melayu’ adalah satu perkara yang buruk. Saya bangga dengan rupa saya.

“Alhamdulillah, banyak rezeki yang saya dapat sebenarnya dari ‘muka Melayu’ ni. Tapi bila orang persoal, ia jadi sensitif kerana seolah-olah menidakkan bahawa Smith bukan bapa saya,” ujarnya.

Terdahulu, Nina mendapat kecaman hebat daripada orang ramai apabila satu hantaran yang memaparkan temuramahnya mengenai tidak berwajah kacukan sedangkan namanya Nina Smith.

Pemilik nama sebenar Amalina Smith itu mempunyai darah kacukan Malaysia-Amerika Syarikat. Dia kini tinggal bersama ibu setelah orang tuanya itu bercerai dan bapanya kini menetap di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, ada juga orang ramai yang tampil berkongsi pengalaman yang sama ‘diejek’ hanya kerana mempunyai nama yang pelik.

“Macam aku juga selalu nama kena ejek. Bab nama ni aku pun sensitif,” kata Afrina.

“Betullah apa yang dia cakap. Macam aku pun, orang gurau apa-apa, sikit-sikit lawak lah, bila dah kerap kali jadi lain lah pula,” komen seorang pengguna. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI