fbpx

Nia belum tahu walid, dua adik tiada lagi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Ammir Hussein (kiri) dan Norhafizah Sazwa (kanan) bersama tiga anak mereka. Gambar atas: Keadaan kenderaan Naza Citra selepas dirempuh sebuah lori pasir.

KEMAMAN – Anak sulung Ammir Hussein Mohamad yang kritikal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang me­ngorbankan tiga beranak mula menunjukkan reaksi positif.

Ibu saudaranya, Norhidayah Salmi Harun, 42, berkata, walau­pun separa sedar, Ammzar Hussniah Ammir Hussein, 8, yang mesra dipanggil Nia sudah boleh bernafas tanpa alat bantuan pernafasan.

“Dia juga mula menunjukkan reaksi menggerakkan anak mata dan jari apabila dipanggil.

“Kami sebak apabila dia beberapa kali cuba untuk memang­gil walid dan ‘mommy’ walaupun dalam keadaan payah sewaktu tiub pernafasannya dicabut doktor semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan, Ammir Hussein Mohamad, 38, dan dua anaknya, Ammzar Husszair Al Hussein, 4, dan Ammzar Hussnayan Al Hussein, 1, maut selepas kenderaan pelbagai guna

Naza Citra yang mereka naiki dirempuh sebuah lori muatan pasir yang terbabas pada Jumaat lalu.

Kenderaan berat itu dipercayai terbabas kerana menga­lami kegagalan brek

Dalam kemalangan di Kilo­meter 154, Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Cheneh-Mak Lagam, di sini, pada pukul 2 petang itu, Ammzar Hus­sniah Ammir Hussein cedera parah, manakala ibunya, Norhafizah Sazwa Harun, 38, yang sarat hamil tujuh bulan pula cedera pada bahagian perut.

Mengulas lanjut, Norhidayah Salmi percaya Ammzar Hussniah Ammir Hussein akan terus kuat untuk sedar sepenuhnya dan sembuh dalam masa terdekat.

Katanya, kanak-kanak perempuan itu amat manja dan rapat dengan Ammir Hussein serta Norhafizah.

“Sehingga kini Nia masih belum mengetahui walidnya (Ammir Hussein) dan dua adiknya (Ammzar Husszair Al Hussein dan Ammzar Hussnayan Al Hussein) sudah tiada lagi di dunia ini.

“Biarlah dia sihat dan sembuh dahulu baru ‘mommy’ (Norhafizah Sazwa) akan menceritakan kejadian sebenar,” katanya.

Norhidayah Salmi berkata, berdasarkan makluman doktor yang merawat Nia, kanak-kanak perempuan tersebut memerlukan masa kira-kira lima bulan untuk pulih.

Ujarnya, Nia me­ngalami patah di beberapa anggota badan termasuk bahu serta pergelangan kaki kanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI