fbpx

Milan ibarat harimau sedang terluka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILAN (jersi merah) mahu segera bangkit menebus kekecewaan selepas dibelasah 1-5 oleh Inter pada aksi Serie A di San Siro kelmarin. – AFP

MILAN – Kekalahan besar 1-5 kepada musuh setempat, Inter Milan dalam saingan Serie A kelmarin membuatkan AC Milan seperti harimau terluka yang sedang menantikan masa untuk membaham mangsanya.

Milan dijangka sedia melupakan kekalahan tersebut dan menjadikan Newcastle United sebagai mangsa melepaskan geram apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium San Siro awal pagi esok.

Jurulatih Milan, Stefano Pioli melaungkan amaran awal kepada The Magpies bahawa pertemuan itu bakal menjadi pencetus untuk mereka melakar kebangkitan selepas dibelasah Inter.

“Apa yang paling penting untuk kami sekarang adalah memberikan fokus sepenuhnya terhadap aksi Liga Juara-Juara. Pemain-pemain saya sudah matang dan mereka tahu apa perlu dilakukan pada perlawanan itu nanti.

“Saya percaya minda pemain-pemain Milan langsung tidak terhalang akibat kekalahan sebelum ini, sebaliknya mereka sentiasa kompetitif dalam setiap perlawanan yang bakal dihadapi,” katanya.

Untuk rekod, saingan Kumpulan F dianggap paling menarik pada musim ini apabila dilabelkan sebagai kumpulan ‘maut’ kerana turut dibarisi dua lagi pasukan gergasi Eropah iaitu Paris Saint-Germain (PSG) dan Borussia Dortmund.

“Bagi saya, perlawanan-per­lawanan ini boleh dianggap sebagai pertemuan klasik dan membantu pasukan me­raih keyakinan untuk jangka masa panjang.

“Saya menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kemampuan para pemain untuk merekodkan keputusan positif,” ujar Pioli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI