fbpx

Jualan Rahmah: KPDN tambah bekalan beras import, tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan berusaha mendapatkan bekalan beras import yang akan ditawarkan pada kadar subsidi menerusi program Jualan Rahmah.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, usaha itu adalah bagi menambah jumlah jualan dan bekalan beras semasa program tersebut.

Menurutnya, sebelum ini, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dari segi bekalan beras tempatan.

“Walaupun jumlah bekalan agak terhad, kita akan teroka idea untuk tawarkan beras-beras import pada kadar subsidi supaya kita tidak bergantung kepada beras tempatan semata-mata.

“Inisiatif ini termasuk dengan Jualan Rahmah yang kita namakan mekanisme kepada orang yang memerlukan,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi pemantauan harga barangan keperluan asas di Pasar Raya Sri Ternak dan Pasar Raya NSK, Selayang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, pihaknya akan meneruskan usaha perbanyakkan bekalan beras setiap kali Jualan Rahmah diadakan.

Untuk rekod, Jualan Rahmah diadakan sebanyak dua kali sebulan membabitkan 640 lokasi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI