fbpx

Jabatan Imigresen kaji proses buat pas sempadan di satu lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin.

TUMPAT – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang menjalankan kajian untuk membenarkan pas sempadan dibuat dan diproses di satu lokasi sahaja di setiap negeri yang bersempadan dengan negara jiran.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, hasil kajian itu akan dijadikan sebagai panduan sebelum membuat sebarang pertimbangan mengenai langkah tersebut.

“Buat masa ini, JIM sedang mengumpulkan data terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan perubahan terutamanya daripada aspek operasi.

“Pada masa sama, kita turut mengenal pasti senarai individu yang kerap memohon pas sempadan pelbagai aspek lain lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau sempada Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Pengkalan Kubor di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI