fbpx

IPEF 2023 wadah tangani kejutan pasaran buruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V. SIVAKUMAR

PETALING JAYA – International Public Employment Forum (IPEF 2023) bakal menjadi wadah terbaik untuk menggarap strategi mengharungi dinamika dunia pekerjaan, seiring perubahan landskap pasaran buruh yang mengalami siri kejutan ketara sejak tiga tahun lalu.

Penganjuran forum pada 11 hingga 13 Oktober depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu menampilkan lebih 28 ahli panel pakar dalam bidang masing-masing untuk berkongsi pelbagai matlamat pasaran buruh yang akhirnya memberi laba kepada majikan.

Intipati perkongsian meliputi aspek pemerkasaan tenaga buruh, Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sosial dan urus tadbir pekerjaan.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, maklumat sebegini mampu menyuntik perubahan positif terhadap rangkaian aspek pengurusan sumber manusia, sekali gus melonjak tahap produktiviti pekerja dan unjuran prestasi syarikat, selain mewujudkan tenaga buruh yang utuh.

“Anjakan perubahan ini amat bertepatan pada masanya, de­ngan mengambil kira kesan kejutan ketara berikutan pandemik Covid-19 yang menyaksikan amalan pengurusan sumber manusia terdahulu telah bertukar jumud.

“Demi memastikan dasar semasa mencakupi pengurusan sumber manusia; faktor penawaran dan permintaan pasaran buruh; serta corak pengoperasian pekerja kekal relevan, pelbagai entiti gergasi di pentas global telah merencana hala tuju yang baharu.

“Perincian amalan terbaik di­terapkan Bank Dunia, Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), selain pakar dari pelbagai negara luar antaranya Jepun, Norway, Belgium dan Jerman akan menjadi panduan terbaik dalam merungkai kejutan pasaran buruh,” katanya dalam satu kenyataan.

IPEF 2023 akan diserikan de­ngan kehadiran Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Penasihat Penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram dan legenda boling negara, Datuk Shalin Zulkifli.

Pelbagai pakar pengurusan daripada AirAsia, Shell, Pos Malaysia dan LinkedIn juga akan memberikan input mereka berkaitan pasaran buruh yang transformatif.

Yuran penyertaan IPEF 2023 dalam kalangan sektor swasta boleh dituntut semula daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) menerusi Skim Bantuan Latihan (SBL).

Pendaftaran boleh dibuat di pautan ipef2023.perkeso.gov.my dan bagi sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pertubuhan Ke­selamatan Sosial (PERKESO) di talian 1-300-22- 8000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI