fbpx

F1: Ferrari rencatkan impian besar Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ membantu Ferrari memecahkan dominasi Red Bull apabila menguasai saingan di GP Singapura kelmarin. - AFP

SINGAPURA – Carlos Sainz Jr. mengakui bahawa Ferrari sedang berada di landasan tepat ketika dia memperagakan pemanduan sempurna untuk menjulang gelaran Grand Prix (GP) Singapura kelmarin.

Kemenangan tersebut pastinya amat bermakna buat Ferrari kerana ia adalah kemenangan pertama buat pasukan berpangkalan di Maranello, Itali selepas Red Bull menyapu bersih 14 kemenangan sebelum ini.

Penantian Ferrari untuk meraih kemenangan pertama musim ini amat dinanti-nantikan apabila kali terakhir mereka muncul juara adalah pada Julai tahun lalu menerusi Charles Leclerc di GP Austria.

“Kemenangan yang kami capai pada hari ini sangat mengagumkan, terima kasih kepada semua orang di Ferrari. Usaha dan pengorbanan yang mereka lakukan sangat besar untuk mengubah permulaan kami pada musim ini.

“Kami melakukan semua yang kami perlu lakukan. Ia adalah mengenai memperbaiki kelemahan. Perasaan yang sangat luar biasa, kami tidak melakukan kesilapan sepanjang minggu ini.

“Kami mempunyai satu peluang untuk memenangi perlumbaan pada tahun ini dan kami melakukannya dengan sempurna,” kata Sainz.

Impian Red Bull untuk terus mendominasi saingan musim ini tidak berhasil selepas pendahulu kejuaraan, Max Verstappen sekadar menamatkan saingan tempat kelima dan ini kali pertama Red Bull gagal memenangi perlumbaan Grand Prix musim ini.

Prinsipal pasukan Ferrari, Frederic Vasseur memuji Sainz selepas menguasai 62 pusingan perlumbaan di Singapura dan mengakui mereka tidak memikirkan Red Bull sebagai pencabar kepada saingan tersebut.

Nasib berbeza dialami George Russell selepas impiannya untuk menamatkan saingan tempat ketiga tidak kesampaian apabila terbabas di pusingan terakhir sekali gus membuka ruang kepada Lewis Hamilton untuk berada di podium.

Pemandu pasukan McLaren, Lando Norris menamatkan saingan tempat kedua selepas cemerlang mempertahankan kedudukan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI