fbpx

Ebit Lew: Polis akan rekod keterangan Caprice, Mondy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice dan Mondy Tatto

SHAH ALAM – Polis akan merekodkan keterangan penyanyi rap, Caprice dan pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo bagi membantu siasatan laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, pihaknya sudah menerima arahan lanjut bagi menyiasat kes itu hari ini dengan setakat ini hanya satu laporan telah diterima dibuat Ebit di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya awal pagi semalam.

Sasikala pada sidang akhbar di IPK Selangor, hari ini. -Foto AFIQ RAZALI

“Kita sudah merakam keterangan Ebit Lew dan turut akan merekodkan keterangan Caprice dan Mondy dalam tempoh terdekat.

“Proses itu merupakan prosedur bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, petang ini.

Dalam pada itu, tambah Sasikala, kertas itu akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan akan disiasat secara menyeluruh kelak,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI