fbpx

Dituduh bakal bercerai, Shila Amzah selar pengguna FB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Shila Amzah balas tuduhan sebilangan pihak mendakwa dirinya bakal bercerai dengan suami tersayang, Ubai.

PETALING JAYA – Didakwa bakal bercerai dengan suami mudanya Ubai, penyanyi Shila Amzah menyarankan orang ramai berhenti daripada menggunakan aplikasi Facebook (FB).

Menurut Shila, 33, perkara tersebut disuarakannya kerana berlaku lambakan pautan dan akaun dalam FB sehingga mengelirukan pengguna dengan tajuk cerita yang boleh mencetuskan salah faham.

“Sebab itu jangan main FB, sudah teruk sangat dia punya berita.

“‘Clickbait sudah tidak fikir sama ada benda itu betul atau menjadi fitnah,” kata pemilik nama penuh Nurshahila Amir Amzah itu dalam InstaStory hari ini.

Tambah pelantun lagu Memori Tercipta itu, risiko kewujudan berita-berita palsu tersebut juga akan berbalik kepada mana-mana individu yang membaca dan menerima tanpa sebarang usul periksa.

“Kalau kita terdetik mempercayainya, sudah menjadi satu hal dan dosa pula,” ujarnya.

Dia berkata demikian bagi menjawab soalan daripada pengikut Instagramnya mengenai tuduhan sudah bercerai dengan suami yang juga pempengaruh media sosial, Ubai.

“Dalam hantaran FB ada nampak orang kata Shila sudah hendak bercerai. Kurang ajar ya perkongsian dalam Facebook,” soal individu tersebut.

Terdahulu, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah di Boathouse Ampang pada 5 Ogos lalu selepas empat bulan bertunang.

Sebelum itu, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI