fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan teliti potensi tapak pelancaran angkasa lepas di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperhalusi potensi Sabah atau mana-mana negeri yang bersesuaian sebagai lokasi strategik tapak pelancaran angkasa lepas di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Chang Lih Kang berkata, kajian kebolehlaksanaan tapak pelancaran namun perlu dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan tapak pelancaran yang dibangunkan adalah selamat.

“Tapak pelancaran yang dibangunkan perlu mendatangkan impak yang minimum kepada alam sekitar dan sosio-ekonomi masyarakat tempatan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Lih Kang berkata, Mosti sedang membangunkan garis panduan untuk kajian kebolehlaksanaan teknologi pelancar angkasa di negara ini.

Menurut beliau, kajian itu bagi memastikan cadangan tapak memenuhi segala keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kata beliau, pihak industri yang berminat dalam membangunkan tapak pelancaran perlu mengemukakan laporan kebolehlaksanaan tapak pelancaran berdasarkan garis panduan tersebut untuk tujuan penilaian kerajaan.

“Seterusnya kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan masyarakat setempat sekiranya hasil kajian menunjukkan kebolehlaksanaan tapak pelancaran adalah tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI