fbpx

Caprice dedah polis sudah rampas telefon Mondy?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Insta Story Caprice (kanan) dan Mondy Tatto (kiri).

PETALING JAYA – Penyanyi rap, Caprice mendedahkan bahawa telefon Mondy Tatto telah dirampas oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran di Insta Story Caprice, atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33.

Walau bagaimanapun, cubaan Kosmo! menghubungi pihak polis untuk mengesahkan dakwaan tersebut masih belum berjaya.

Di dalam beberapa hantaran sebelum itu, Caprice memuat naik beberapa video pendakwah Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman yang mendakwa Mondy Tatto melakukan fitnah terhadap pendakwah kontroversi, Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Derry di dalam satu video siaran langsungnya menunjukkan perbualan bersama Mondy di aplikasi WhatsApp, yang menyatakan pengakuan Mondy menerusi podcast baru-baru ini semuanya adalah fitnah.

Bagaimanapun, Caprice meragui perbualan tersebut adalah daripada Mondy ekoran ejaan ‘Mondi’ yang tidak pernah digunakan wanita itu dalam mana-mana hantaran mahupun perbualan di WhatsApp.

Justeru, Caprice meragui bagaimana Mondy boleh berbual bersama Ustaz Derry sedangkan telefon wanita itu sudah pun dirampas oleh pihak polis.

“Oh dan yang paling best (seronok), telefon Mondy dah kena rampas dari PDRM.

“Lain kali ustaz nak tipu, cuba kaji habis dulu orang korang nak fitnah tu,” tulis Caprice.

Terdahulu, polis mengambil keterangan beberapa saksi berhubung satu laporan dibuat oleh seorang pengadu terhadap seorang pendakwah bebas yang tular baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan kesalahan berhubung laporan yang dibuat pengadu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan satu siasatan telah dimulakan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis mengesahkan menerima laporan daripada pendakwah bebas tersebut yang mendakwa dirinya difitnah dalam sebuah video tular di media sosial yang bertajuk ‘The Mondy Tattoo Interview’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, laporan itu diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada pukul 2.17 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI