fbpx

Azizulhasni tetap sandaran pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI tidak mengalami kecederaan serius walaupun terlibat dalam kemalangan pada sesi latihan di Velodrom Nasional baru-baru ini.

JAGUH berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang tetap menjadi sandaran untuk membutirkan kilauan pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou di China biar­pun me­ngalami kecederaan sewaktu latihan di Velodrom Nasional Nilai, Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu hanya mengalami kecederaan ringan yang kebiasaannya dialami oleh atlet-atlet berbasikal trek.

“Tiada masalah bagi dia memberikan yang terbaik kerana tahap kecederaan dialaminya tidak terlalu serius. Saya dimaklumkan dia sudah menjalani latihan semula di bawah kendalian ketua jurulatih kita iaitu John Beasley,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, kegagalan mekanikal pada tayar adalah punca Azizulhasni terbabit dalam kemalangan semasa latihan.

“Saya percaya dia memecut laju sekurang-kurangnya 80 kilometer sejam. Nasib baik dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya melecet di bahagian tangan dan kakinya,” kata Amarjit.

Pada Jumaat lalu, Azizulhasni berkongsi video berdurasi 36 saat di laman Facebook milik­nya memaklumkan dia terbabit dengan kemalangan berkelajuan tinggi ketika menjalani sesi latihan di Velodrom Nasional.

Bagaimanapun, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu mengakui, kemalangan tersebut tidak mendatangkan kecederaan serius, namun menegaskan ia bukanlah satu ‘bahan jenaka’.

Sebagai rekod, Azizulhasni berjaya membawa pulang satu pingat emas menerusi acara pecut selain turut meraih perak bagi pecut berpasukan dan gangsa untuk keirin pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI