fbpx

Altimet angkat sumpah, berazam jaga Lembah Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALTIMET

PETALING JAYA – Secara rasmi mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat hari ini, penyanyi rap, Altimet berjanji akan memastikan kebajikan penduduk di sekitar Lembah Jaya terjaga.

Menurut pemilik nama penuh Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, tanggungjawab yang digalasnya ketika ini sangat besar namun dia akan berusha memastikan segala keperluan yang dikehendaki rakyat di kawasan tersebut tercapai.

“Seperti ada satu tanggungjawab besar terletak di atas bahu ini.

“Bagaimanapun semua itu bukan alasan untuk menggalas tanggungjawab ini sebagai balasan budi kepada mereka yang sudah mengundi saya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu,” katanya.

Pada masa sama, pelantun lagu Amboi itu akan terus menyantuni penduduk di sekitar Lembah Jaya bagi mengenalpasti setiap permasalahan yang dihadapi sehingga hari ini.

“Harap dapat berkomunikasi dengan warga Lembah Jaya dengan lebih baik dan saya serta pasukan ketika ini sedang mengumpul maklumat sebelum betul-betul turun padang.

“Tumpuan utama kami ialah untuk kes-kes kebajikan asnaf, pembangunan infrastruktur dan juga penambahbaikan fasiliti pusat pendidikan di sekitar Lembah Jaya.

“Apapun, saya yakin dengan kebolehan pasukan pejabat khidmat Lembah Jaya,” ujarnya.

Hari ini, Altimet mengangkat sumpah sebagai (ADUN) Lembah Jaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-15 pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.

Pada 12 Ogos lalu, Altimet menang dengan majoriti 6,707 dan memperoleh 26,116 undi mengalahkan pencabar terdekatnya Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,409 undi bagi kerusi DUN Lembah Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI