fbpx

Ahli Parlimen Titiwangsa dah bagi kuliah lengkap – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Penjelasan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berhubung perkembangan ekonomi Malaysia pada tahun 2022 sebanyak 8.7 peratus sudah cukup lengkap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen pembangkang perlu memahami apa yang diterangkan oleh Johari berhubung perkara itu baru-baru ini.

“Titiwangsa dah bagi kuliah cukup lengkap (dalam Dewan Rakyat). Saya pakai itu dah cukup,” katanya ketika berhujah dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung perkara berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Johari pada 12 September lalu membidas hujah Ahli Parlimen pembangkang bahawa kedudukan ekonomi negara berada dalam kedudukan yang baik dibawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

Beliau yang juga Bekas Menteri Kewangan Kedua dipetik berkata, hujah pembangkang hanya berdasarkan perkembangan ekonomi Malaysia pada tahun 2022 sebanyak 8.7 peratus tidak bersifat menyeluruh.

“Bila bercerita soal ekonomi kita kena tengok angka-angka secara keseluruhan, bukan “pick and choose”. Apa yang disebut 8.7 peratus itu adalah kerana “low base effect”,” kata Johari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI