fbpx

Agong berangkat ke Cameron Highlands serah kunci rumah Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong di Cameron Highlands disambut meriah oleh penduduk di sana, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Cameron Highlands, hari ini.

Istana Negara menerusi satu kenyataan berkata, keberangkatan Seri Paduka Baginda itu bertujuan untuk menyempurnakan majlis pengurniaan kunci kepada penerima-penerima rumah menerusi Projek Bina Baru Rumah Orang Asli Kampung Kuala Boh dan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah.

“Seri Paduka Baginda diberi sambutan meriah oleh penduduk Cameron Highlands, Pahang, sewaktu keberangkatan tiba Baginda pada pukul 12 tengah hari, hari ini.

“Seri Paduka Baginda menyempurnakan majlis pengurniaan kunci kepada penerima-penerima rumah menerusi Projek Bina Baru Rumah Orang Asli Kampung Kuala Boh dan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah.

“Masing-masing di bawah kendalian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI