PETALING JAYA – Seorang wanita dikecam orang ramai apabila didakwa sanggup mencuri kasut berjenama Converse, di Genting Highland Premium Outlet (GPO), semalam.
Menerusi perkongsian Mommy Tralallaaa di TikTok, perbuatan wanita itu sambil diperhatikan oleh seorang lagi temannya, berjaya dipaparkan melalui rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), di kawasan sekitar butik berkenaan.
Namun menurutnya, kedua-dua wanita itu masih belum berjaya dikesan.
“Update terkini, belum dapat dikesan ya orang-orang itu. Bersabar semua,” katanya menerusi ruangan komen.
Orang ramai menyelar tindakan kedua-dua wanita tersebut dan menyarankan untuk beli sahaja kasut berjenama tiruan jika tidak berkemampuan.
“Nak pakai berjenama, tapi kaki sakau. Baik beli kasut Shoppe ja la, order China. Minta jauh la kawan-kawan atau saudara dapat manusia macam ni hasilkan zuriat,” komen Zoey Malique.
“Dia ingat tak ada CCTV ke walaupun dalam tu padat dengan manusia,” ujar Chocolatecake.
“Rasa tak mampu rajin-rajin la bukak Shopee. Biar ‘copy ori’ daripada mencuri,” saran Shazlyn.
“Tak ada duit beli kt Shoppee ja, RM20 pun ada,” kongsi Norfarhanazakaria. – KOSMO! ONLINE.