fbpx

[VIDEO] 10 unit rumah kedai terbakar, 3 mangsa dipercayai maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran deretan kedai yang terbakar di Pekan Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani awal pagi ini.

SUNGAI PETANI – Kira-kira 10 unit rumah kedai dua tingkat di Pekan Kota Kuala Muda, dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Difahamkan setakat ini terdapat tiga mangsa ditemui rentung dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu.

Antara premis perniagaan yang terlibat dalam kebakaran tersebut adalah kedai runcit, kedai perabot, kedai serbaneka, kedai membaiki perkakas elektrik dan kedai jahit.

Seorang peniaga, Ng Lin Hoe, 70, berkata, ketika kejadian dia bersama suaminya, Leong Kam Hong, 74, serta dua cucu berusia sembilan dan 12 tahun berada di dalam rumah kedai tersebut.

“Ketika itu, saya serta dua cucu sedang nyenyak tidur sebelum terdengar suara suami menjerit meminta kami bertiga bangun.

“Suami beritahu berlaku kebakaran di deretan rumah kedai dan meminta kami bergegas keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ng Lin yang menjalankan perniagaan membaiki perkakas elektrik berkata, mereka hanya sempat menyelamatkan buku sekolah cucu serta beberapa dokumen penting. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI