fbpx

Suami pukul isteri selepas ‘ditangkap’ curang dengan doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamdia membuat laporan polis bagi kes keganasan rumah tangga. – Detik

JAKARTA – Seorang wanita di Mamuju, wilayah Sulawesi Barat dipukul oleh suaminya selepas menangkap lelaki itu curang di rumah kekasih gelapnya, lapor laman berita Detik hari ini.

Mangsa, Hamdia, membuat laporan polis selepas insiden itu dan memberitahu bahawa suaminya ditangkap sedang berdua-duaan dengan seorang doktor.

“Saya menangkap mereka di rumah teman wanitanya, yang merupakan seorang doktor bernama Y. Dia bekerja di Hospital Daerah Mamuju,” katanya kepada pemberita.

Tambah Hamdia, suaminya yang merupakan jururawat di hospital sama, sebelum ini  diketahui mempunyai teman wanita.

“Wanita itu juga pernah mengaku bahawa dia enggan memutuskan hubungan dengan suami saya. Katanya, dia amat sayangkan suami saya,” ujarnya.

Dalam kejadian semalam, Hamdia berkata, dia pergi ke rumah wanita tersebut dan mendapati suaminya membuka pintu.

Dia kemudian mendesak untuk bersemuka dengan wanita itu sebelum suaminya bertindak memukul kepalanya dengan kuat sehingga terkena dinding.

Susulan kejadian itu, Hamdia membuat laporan polis bagi kes keganasan rumah tangga.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mamuju, Asisten Komisioner Polis Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu.

“Kami akan memulakan siasatan mengenai perkara ini,” kata Jamaluddin. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI