fbpx

[VIDEO] Suami isteri berpelukan, bersalaman sebelum bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang dikongsikan lelaki tersebut di laman TikTok.

PETALING JAYA – ‘Berpisah bukan bererti membenci satu sama lain. Jika ada jodoh, pasti bertemu kembali,’

Itulah yang tertulis pada kapsyen video milik seorang lelaki yang berkongsi momen-momen terakhirnya bersama isteri sebelum berpisah di laman TikTok.

Menerusi video sama, pasangan yang berpakaian serba hitam tersebut dilihat sempat berpelukan, bersalaman dan berpegangan tangan buat kali terakhir sebelum tiba di pekarangan mahkamah.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna berasa tersentuh hati dan sebak dengan situasi yang dialami lelaki tersebut.

Malah, ada juga yang menggesa pasangan tersebut untuk berbaik semula kerana mempunyai hubungan yang sangat akrab.

“Kadangkala berpisah bukan kerana membenci tetapi disebabkan campur tangan keluarga,” kata Iman.

“Semuanya sudah tertulis. Kita hanya boleh redha kerana apa yang terjadi ada hikmahnya. Semoga hubungan dapat dijalin kembali jila ada rezeki,” kata Nions.

“Saya dengan bekas suami juga berpisah secara baik. Pergi ambil borang sama-sama, hantar pun sama-sama. Sampai sekarang masih baik,” kata seorang lagi pengguna.

Kini, hantaran tersebut menerima 137,100 tanda suka dan 2,678 komen. – KOSMO! ONLINE

@manboss805Berpisah bukan bererti membenci antara satu sama lain🫠ada jodoh bertemu kembali💪🏻

♬ original sound – MANBOSS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI