fbpx

Shuib tak benarkan Watie, anak perempuan jadi pelakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATIE akur dengan pendirian Shuib tidak membenarkan dirinya terlibat dalam dunia lakonan.

PETALING JAYA – Pelawak yang juga penyampai radio Suria FM, Shuib tidak membenarkan isterinya, Watie Hanifiah terlibat dalam dunia seni, terutama lakonan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri Watie, 35, yang percaya kemahuan suaminya itu demi kebaikan dirinya termasuk keluarga dan anak-anak.

“Ada terima tawaran berlakon tapi terpaksa tolak. Baru sahaja tolak satu daripada Zeel Productions minggu lepas tak silap.

“Shuib sendiri yang ‘reject’. Tawaran berlakon itu melibatkan saya dan Dekta. Shuib cakap kalau buat reviu (produk) boleh, iklan boleh tapi berlakon atau benda-benda yang berkait dengan televisyen, cannot (tak boleh),” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di Karnival Mega Suria 2023 di Dataran Petaling Jaya, di sini, baru-baru ini.

Dedah Watie lagi, Shuib belum memberi lampu hijau buat anak keduanya, Dzahira Talita Zahra atau Dekta berkecimpung dalam dunia seni walaupun anaknya itu menunjukkan kecenderungan minat terhadap dunia lakonan.

“Dekta teringin, dia nak sebab produksi memang nak sangat dia berlakon. Siap dah bagi skrip apa semua. Tapi bila tanya daddy (Shuib), dia tak benarkan.

“Produksi masih tunggu jawapan kot-kotlah Shuib berubah fikiran (ketawa). Shuib buat semua ini ada kebaikan sebab dia sendiri dah tahu betapa penat menjadi anak seni terutama terlibat dalam dunia lakonan,” ujar Watie lagi.

Dekta merupakan anak kedua Shuib hasil perkahwinan dengan isteri pertama Allahyarham Siti Sarah. Selain Dekta, perkahwinan mereka diserikan dengan tiga lagi orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.

Jun lalu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 38, menamatkan zaman duda apabila bernikah dengan Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, atau Watie, dengan sekali lafaz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI