fbpx

Polis siasat dakwaan Ebit Lew difitnah Mondy Tattoo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mondy ketika mendedahkan kisah yang berlaku ketika tiba di Malaysia dalam satu siaran podcast baru-baru ini.

SUBANG JAYA – Polis mengesahkan menerima laporan daripada pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew yang mendakwa dirinya difitnah dalam sebuah video tular di media sosial yang bertajuk ‘The Mondy Tattoo Interview’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, laporan itu diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada pukul 2.17 pagi tadi.

Katanya, mangsa mendakwa dirinya telah difitnah oleh individu yang bernama ‘Mondy’ dalam video berdurasi 27 minit 56 saat yang dimuat naik di media sosial, Jumaat lalu.

“Hasil siasatan mendapati, video berkenaan memaparkan wawancara yang dikatakan telah memfitnah individu terkenal tersebut dan kini telah mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen.

“Laporan polis tersebut telah dikategorikan ROR atau RLR (Refer to Other Report/Rujuk Laporan Lain) dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Fairus, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian video yang tular di media-media sosial.

Katanya, jika didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Terdahulu, Ebit Lew dalam hantaran di media sosialnya memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat selepas mendakwa dirinya dirinya difitnah secara melampau, baru-baru ini.

Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan, laporan tersebut baru sahaja dibuat setelah tiba dari Jeddah, Arab Saudi sekitar pada pukul 12 tengah malam tadi.

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (pukul) 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.

“Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam hantaran itu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI