fbpx

Pelajar kolej didakwa amang seksual pelajar junior dalam tandas, asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar kolej kemahiran di dakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar junior di dalam asrama dan tandas.

MUAR – Seorang pelajar kolej kemahiran didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar junior di dalam asrama dan tandas, awal bulan ini.

Tertuduh yang berusia 18 tahun mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, pada pukul 3.15 pagi, 5 September lalu, remaja tersebut didakwa menyuruh pelajar berusia 17 melakukan oral seks di dalam tandas kolej terbabit

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Lelaki itu juga didakwa melakukan perbuatan jijik terhadap seorang lagi pelajar junior di asrama penginapan kolej terbabit pada pukul 4 petang, 7 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir mengemukakan dua cadanan kepada mahkamah sama ada tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin atau sekiranya dibenarkan, pihaknya mencadngkan jaminan RM17,000 bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.

Selepas meneliti hujahan dan rayuan tertuduh, mahkamah membenarkan remaja itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis setiap bulan dan tidak dibenarkan mengganggu mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI