PENYANYI Rihanna mengakui tidak malu untuk menggunakan sistem pengangkutan awam.
Kata pelantun lagu Umbrella itu, dia lebih senang menggunakan sistem kereta api bawah tanah seperti di New York, Amerika Syarikat kerana boleh mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
“Tersangkut di atas jalan raya sesak begitu memenatkan.
“Justeru saya lebih suka menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak,” jelasnya.
Walaupun bergelar artis terkenal, Rihanna enggan menjadikan perkara tersebut sebagai batasan untuk dia merasai kehidupan sebagai orang awam.