fbpx

Nor Yati dilantik Akauntan Negara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Yati.

PUTRAJAYA -Timbalan Ketua Akauntan Negara (Korporat), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Nor Yati Ahmad dilantik sebagai Akauntan Negara baharu berkuat kuasa hari ini.

Surat pelantikan itu disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr. Zulkapli Mohamed di Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini.

JANM dalam satu kenyataan berkata, pelantikan baharu itu bagi menggantikan Akauntan Negara sebelum ini yang telah tamat kontrak perkhidmatan pada 2 Ogos 2023.

“Nor Yati berkelulusan Master Of Accountancy And Finance dari University Of Adelaide, Australia dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Beliau berpengalaman sebagai penjawat awam lebih dari 27 tahun apabila mula menyertai sektor awam pada tahun 1995 sebagai akauntan gred W3 di JANM cawangan Kuala Lumpur,” katanya tadi.

Jelas kenyataan itu, Nor Yati juga pernah diberi kepercayaan untuk berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Perbendaharaan Negeri Selangor dari tahun 2002 hingga 2009.

“Perkhidmatan cemerlangnya diakui apabila menerima Bintang Khidmat Terpuji daripada , Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 2004.

“Sebelum dilantik sebagai Timbalan Akauntan Negara (Korporat), beliau telah berkhidmat di Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) JANM sejak tahun 2011 sebelum dilantik sebagai pengarahnya pada tahun 2018,” ujarnya.

Pada masa ini, selain menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Certified Public Accountant Australia (CPAust), beliau juga menjadi salah seorang ahli lembaga di dalam International Public Sector Accounting Standards Board (IPSASB).

“JANM ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih tidak kepada pihak kerajaan atas kepercayaan yang diberikan bagi menggalas tugas dan amanah sebagai Akauntan Negara Malaysia bermula 18 September 2023,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI