fbpx

Lelaki meluncur bersama ular didenda RM7,011

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fiuza meluncur bersama seekor ular di pantai Gold Coast awal bulan ini. - Foto 9News

MELBOURNE, Australia –  Seorang lelaki di kawasan peranginan Gold Coast yang merakam dirinya meluncur di laut bersama ular peliharaan  didenda oleh pihak berkuasa hidupan liar Australia. lapor Perbadanan Penyiaran Britain(BBC) hari ini.

Higor Fiuza dan ular sawa karpetnya, Shiva menjadi selebriti tempatan awal bulan ini selepas video memaparkan dia dan reptilia itu meluncur bersama menjadi tular.

Namun, kemasyhuran tersebut tidak kekal lama berikutan  Higor mendapat perhatian pegawai-pegawai  perlindungan hidupan liar.

Pihak berkuasa  hidupan liar berkata, lelaki tersebut membahayakan Shiva dan melanggar permit memelihara ular itu dengan membawanya keluar di khalayak ramai.

Jabatan Alam Sekitar dan Sains Queensland berkata, pihaknya mula menyiasat peluncur itu selepas Fiuza muncul dalam media tempatan. Dia  didenda A$2,322 (RM7,011) pada Khamis lalu.

Membawa haiwan peliharaan asli seperti ular di khalayak ramai boleh menyebabkan binatang tersebut tertekan dan berkelakuan dengan cara yang tidak dapat diramalkan, kata pegawai hidupan liar, Jonathan McDonald dalam satu kenyataan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI