fbpx

Keluarga percaya Darvnrajh dibunuh, mayat dibakar rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darvnrajh (gambar kecil) dipercayai dibunuh dan dibakar dalam semak sekitar Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka, kelmarin.

ALOR GAJAH – Tanda tanya kehilangan seorang pemuda, R. Darvnrajh, 24, yang dilaporkan oleh ahli keluarganya sejak 10 September lalu di Tampin, Negeri Sembilan terungkai dengan penemuan mayat dipercayai mangsa di kawasan di daerah ini kelmarin.

Ibu mangsa, K. Vathma, 55, memberitahu, dia telah dimaklumkan oleh pihak polis mengenai penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh dan dibakar dalam semak di Hutan Percha di sini.

Katanya, meskipun keputusan pengesahan identiti masih belum diperolehi daripada pihak hospital, namun ahli keluarga percaya mayat ditemui itu adalah anaknya.

“Saya percaya mayat itu adalah anak saya dan dia telah dibunuh rakan-rakannya. Sampai sekarang saya tak tahu apakah punca dia dibunuh sama ada kerana wang RM4,000 yang diperoleh hasil jualan motosikalnya atau isu lain tetapi bukan kerana wanita kerana dia tidak ada kekasih.

“Semasa kejadian berlaku, saya syak duit itu ada dibawa bersamanya secara tunai kerana tidak disimpan di rumah kami di Taman Bukit Ria, Tampin,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Jelasnya, beberapa hari sebelum kejadian, mangsa ada meminta bantuan rakan-rakannya untuk mencari pembeli motosikal jenis Yamaha 125Z miliknya bagi mendapatkan modal untuk memulakan pekerjaan di Lapangan Terbang Cangi, Singapura, yang sepatutnya bermula pada Rabu ini.

Mengulas lanjut dia memberitahu, mangsa yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu dilaporkan hilang selepas keluar menonton wayang bersama adiknya berusia 17 tahun serta beberapa rakannya yang lain pada malam 9 September.

“Saya memang rasa berat hati semasa dia beritahu mahu keluar menonton wayang tetapi saya benarkan selepas dipujuk suami.

“Tak sangka pula kejadian ini yang menimpa dirinya, jika mereka mahu merompak wang sekalipun kenapa perlu sampai perlu meragut nyawa,” katanya.

Ujarnya, satu rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular memaparkan tiga individu memukul seorang lelaki sebelum membawanya menaiki sebuah kereta turut dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menunggu siasatan lanjut sebelum dapat mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar.

Terdahulu, media pada 14 September lalu melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki yang dakwa telah hilang dan tidak pulang ke rumah di Tampin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman berkata, lelaki tersebut iaitu R. Darvnrajh, 24, kali terakhir dilihat bersama rakan-rakannya sekitar awal pagi 10 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI