fbpx

Kaki, tangan wanita dipotong selepas makan tilapia tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barajas mendapat rawatan selepas memakan ikan tilapia yang dijangkiti dengan bakteria pada Julai lalu. - Foto KRON 4

WASHINGTON – Kaki dan tangan seorang wanita di California terpaksa dipotong akibat jangkitan bakteria selepas dia memakan beberapa ekor ikan tilapia yang tercemar, kata rakan-rakannya seperti dilaporkan akhbar New York Post kelmarin.

Laura Barajas, 40, menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya pada Khamis lalu selepas berada di hospital selama beberapa berbulan.

“Ini mungkin berlaku kepada mana-mana daripada kami,” kata rakannya, Anna Messina kepada badan penyiaran tempatan, KRON.

Laura yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun, jatuh sakit beberapa hari selepas memakan ikan yang dibeli di sebuah pasar tempatan di San Jose.

“Jarinya hitam, kakinya hitam, bibir bawahnya hitam. Dia mengalami sepsis lengkap dan buah pinggangnya tidak berfungsi,” tambah Anna sebelum pesakit menjalani pembedahan.

Laura dijangkiti bakteria Vibrio Vulnificus yang berpotensi membawa maut dan kerap ditemui dalam makanan laut mentah serta air laut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI