fbpx

Graduan kolej komuniti disaran jadi ‘job creator’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. Mohd. Zahari Ismail (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada graduan pada Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, Seremban hari ini. Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI/KOSMO!

SEREMBAN – Graduan lepasan kolej komuniti disaran untuk menjadi seorang usahawan atau pencipta pekerjaan (job creator) dan bukan lagi sebagai pencari kerja (job seeker) sekali gus membantu memberi sumbangan kepada negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Mohd. Zahari Ismail berkata, sebagai usahawan, mereka kemudian boleh melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing pada masa hadapan.

“Sebanyak 20 peratus pelajar kolej komuniti melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi termasuk di politeknik dan universiti teknikal.

“Bagaimanapun, graduan kami ini disamping melanjutkan pengajian, mereka juga ada yang bekerja dengan majikan dan industri serta sebahagian menjadi job creator dengan membuka perniagaan sendiri,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai di sini hari ini.

Seramai 1,476 graduan melibatkan Kolej Komuniti Negeri Johor, Kolej Komuniti Negeri Sembilan dan Melaka menerima sijil dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen berkenaan yang diadakan selama empat hari sehingga 21 September ini.

Mohd. Zahari dalam pada itu memberitahu, bilangan jumlah pelajar jurusan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) semakin meningkat oleh itu pihaknya turut menggalakkan graduan kolej komuniti untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ia sama ada di institut pengajian tinggi awam atau swasta. Kami juga sedang berbincang untuk menawarkan kesemua graduan kolej komuniti bagi melanjutkan pengajian mereka terutama ke politeknik dan seterusnya melanjutkan pengajian ke universiti teknikal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI