fbpx

Diana ajak sarapan, rujuk 31 Ogos lalu – Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID mengesahkan sudah rujuk kembali sebagai suami kepada Diana Danielle pada 31 Ogos lalu.

PETALING JAYA – Seperti jalan cerita slot drama popular, pelakon Farid Kamil mendedahkan sudah rujuk kembali dengan bekas isteri, Diana Danielle pada 31 Ogos lalu selepas bercerai menerusi Google Meet pada 10 Ogos lalu.

Kongsi Farid, perkara tersebut disuarakannya selepas Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, menjemputnya untuk bersarapan bersama.

“Alhamdulillah perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah dan sejarah itu telah mematangkan kami berdua.

“Saya dan isteri telah kembali rujuk pada 31 Ogos lalu,” katanya menerusi temu bual program hiburan semalam.

Katanya, perkara tersebut tidak pernah dirancang olehnya atau Diana dan berlaku dengan izin Allah SWT.

“Selepas pergi ke Kota Sufi di Sendayan dan hantar anak-anak saya pulang untuk ke sekolah, Diana mempelawa saya untuk bersarapan bersama.

“Saya tak menyangka perkataan (pelawaan) itu keluar dari mulut dia dan saya mengambil peluang itu untuk meluahkan apa yang saya rasa,” jelas Farid.

Katanya, pertemuan yang tidak dirancangan itu juga menjadi detik sejarah buat dia dan Diana bagi memulakan lembaran hidup yang baharu selepas bercerai selama sebulan.

“Saya tidak menyangka pertemuan itu menyemarakkan lagi perasaan, bibit-bibit cinta, kasih sayang dan apresiasi yang selama ini kami cari.

“Setelah lima bulan saya tak bertentang mata dengan Diana, saya dan isteri tak berhenti berdoa dan menyerahkan harapan kami pada Allah untuk memberi petunjuk taufiq dan hidayah,” tuturnya.

Mengambil iktibar daripada episod hitam yang melanda rumah tangganya sebelum ini, dia berkata perceraian mengajarnya untuk menjadi seorang lebih realistik dalam menilai semua kesilapan lalu.

“Pokoknya adalah agama supaya saya sebagai suami mampu membimbing isteri. Isteri saya juga harus menguatkan ilmu agama supaya dapat membimbing anak-anak sekaligus menjadikan perkahwinan lebih kukuh.

“Sudah tentu bila berlakunya penceraian, saya dan Diana mengambil masa untuk muhasabah diri dan menilai balik perkahwinan kami,” ujarnya.

Kelmarin, Diana dan Farid mengesahkan bakal rujuk semula secepat mungkin dalam waktu terdekat selepas sah bercerai talak satu 10 Ogos lalu.

Terdahulu, selepas 11 tahun perkahwinan, Diana dan Farid bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI