PELAKON terkenal Amerika Syarikat yang pernah membintangi drama bersiri General Hospital, Billy Miller dilaporkan meninggal dunia pada 15 September lalu iaitu dua hari sebelum hari kelahirannya ke-44 pada 17 September lalu.
Aktor yang membintangi drama bersiri General Hospital itu menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 43 tahun, namun sehingga kini, punca kematiannya tidak didedahkan kepada umum lapor Daily Mail.
Lapor portal berita itu, Miller yang merupakan anak kelahiran Tulsa, Oklahoma didakwa mengalami kemurungan teruk..
Difahamkan, kematian Miller disahkan oleh seorang individu di sebuah restoran dan bar di Los Angeles dan Miller merupakan pemilik bersama perniagaan terbabit.
Billy Miller merupakan graduan ijazah komunikasi di Universiti Texas dan kemudian berpindah ke Los Angeles. Pada tahun 2007, Miller debut dalam program All My Children dan memegang watak sebagai Richie Novak.