fbpx

TPM mahu setarakan pembangunan Semenanjung, Sarawak, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid beramah mesra dengan murid sekolah di Sebangan.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu pembangunan wilayah disetarakan antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, perimbangan itu perlu dipastikan memandangkan Malaysia telah pun berusia 60 tahun.

“Perimbangan pembangunan kawasan perdesaan mesti dilakukan agar jurang dapat dirapatkan.

“Oleh demikian, saya telah bersetuju untuk mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk membina bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Hj. Bujang, Sebangan.

“Menaik taraf Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau untuk memastikan anak-anak di kawasan ini dapat belajar dalam suasana kondusif,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, cadangan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah dan Balai Bomba dan Penyelamat juga telah dimajukan kepada beliau untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan memberikan perkhidmatan segera sekiranya berlaku bencana.

Kata beliau, dalam aspek pembangunan ekonomi penduduk, beliau mencadangkan kawasan itu menanam kelapa jenis matag yang boleh menghasilkan pengeluaran kira-kira 200 biji kelapa sepokok melalui skim tanaman baharu pokok kelapa.

“Tambahan itu, RM10 juta diperuntukan kepada Giat Mara Sarawak. Peruntukan ini digunakan sebagai latihan serta penempatan pekerjaan bagi anak-anak Sarawak.

“KKDW akan terus memainkan peranan. Saya mengamanahkan Felcra untuk membantu Sarawak mengusahakan dan menguruskan estet padi di Sarawak.

“Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pula memainkan peranan untuk menyantuni pekebun kecil getah di seluruh Sarawak agar nasib pekebun kecil ini dibela,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI