fbpx

Semangat ‘Segulai Sejalai’ pulihkan ekonomi negara – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Perpaduan Kuching malam tadi.

PETALING JAYA – Semangat ‘Segulai Sejalai’ tidak boleh terhenti setakat sambutan Hari Malaysia yang seiring dalam membina perpaduan dan kesatuan,

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cogan kata dalam bahasa Iban itu menjadi sandaran serta tulang belakang kepada pemulihan ekonomi negara.

“Kendatipun Kerajaan Perpaduan rancak menyusun agenda pembangunan, saya singgung keperluan agar kebersamaan rakyat dituntut dalam menjadikan negara lebih matang.

“Ayuh sama-sama kita hebatkan dan majukan negara ke tahap lebih berjaya pada masa hadapan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Perpaduan Kuching semalam dihadiri ribuan lapisan masyarakat dalam semangat penuh keharmonian serta patriotik.

Menurutnya, beliau dalam ucapan menyentuh tentang kepentingan memilih perpaduan dan kestabilan politik demi kerancakan pembangunan serta ekonomi negara.

“Kendatipun Kerajaan Perpaduan rancak menyusun agenda pembangunan, saya singgung keperluan agar kebersamaan rakyat dituntut dalam menjadikan negara lebih dewasa serta matang.

“Ini sesuai dengan frasa ‘Segulai Sejalai’ yakni seiring sejalan dalam membina perpaduan dan kesatuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI