JAKARTA – Seorang model jelita sanggup meninggalkan dunia glamor selepas memilih pemandu lori sebagai suaminya, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Gadis tersebut, Putri Liliana mendedahkan kisah cintanya itu menerusi akaun TikTok @putrilistiana.
Menurutnya, sepanjang menjalin hubungan cinta dengan suaminya sebelum berkahwin, dia kerap mendapat cemuhan daripada orang ramai.
Namun, gadis berasal dari Rembang, wilayah Jawa Tengah tersebut tidak mempedulikan kata-kata tersebut, sebaliknya berasa kagum dengan pekerjaan suaminya itu.
Malah, Putri sanggup meninggalkan dunia permodelan untuk hidup bersama lelaki itu bagi membolehkan dia kerap mengikuti suaminya menghantar barangan menaiki lori.
Hantaran yang dimuat naik Putri menjadi tular dan menerima banyak pujian daripada netizen yang mengagumi dirinya.
“Dia semakin cantik setelah berkahwin. Ia adalah bukti suaminya berjaya membahagiakan dia,” tulis seorang netizen. – Agensi