fbpx

Permohonan pengawas pemeriksaan SPM 2023 dibuka kepada orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) buat pertama kalinya membuka permohonan pelantikan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 kepada orang awam.

Menerusi hantaran di laman Facebook KPM hari ini, orang ramai yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan adalah dijemput untuk memohon sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan SPM tahun 2023.

Katanya, permohonan itu mula dibuka pada 12 September lepas sehingga 31 Oktober.

“Tawaran itu juga adalah selaras dengan tujuh langkah mengatasi beban tugas guru seperti yang diumum menteri pendidikan.

Syarat yang ditetapkan antaranya mereka yang merupakan warganegara, kelayakan SPM atau kelayakan setaraf dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.

“Lima kategori pemohon ditetapkan iaitu Kategori 1 pesara kerajaan (skim pegawai perkhidmatan pendidikan), Kategori 2 (pelajar institusi pengajian tinggi awam, swasta, institusi guru, lepasan asasi atau matrikulasi.

“Kategori 3 (guru sekolah menengah agama kerajaan negeri, swasta, Maktab Rendah Sains Mara, Kategori 4 (anggota kumpulan pelaksana atau pekerja kontrak kerajaan) dan Kategori 5 ( kakitangan bukan kerajaan, pesara kerajaan dan pesara swasta,” ujarnya.

Tambahnya, permohonan boleh dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan https://bit.ly/44KmnxL.

“Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi JPN masing-masing atau emel kepada Lembaga Peperiksaan di [email protected],” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI