LAMA Diva tenung gambar-gambar terbaharu yang dikongsikan penyanyi, Nadeera dalam Instagram miliknya.
Macam ada sesuatu ‘kelainan’ yang terjadi pada wajahnya. Apa yang Diva perasan, bentuk wajah terutama pada bahagian dagu penyanyi itu semakin tajam dan runcing.
Cucuk muka ke kakak? Sebab lain sangat mukanya sekarang berbanding sebelum ini. Nak kata Nadeera mengamalkan diet, tidak mungkin bentuk muka boleh berubah drastik.
Lain macam sungguh bentuk dagunya sekarang. Diva tahulah ada beberapa kawan pernah mengaku melalukan rawatan suntikan pada dagu untuk dapatkan bentuk wajah yang runcing.
Tapi bukan senang nak jaga muka selepas melakukan ‘pengubahan’ wajah. Kena ikut nasihat dan pantang larang oleh pakar kecantikan. Makan pun kena jaga.
Kalau tidak nanti muka boleh ‘jahanam’. Siapa nak menjawabnya? Kalau wartawan tanya, jangan tak jawab pula ya.
DIVA: MK K-CLIQUE kata isterinya masih belum hamil disebabkan konten ‘hisap puting’ baru-baru ini.