fbpx

EPL: Arsenal mahu hapus badi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL sedia memburu kemenangan pertama di Goodison Park dalam tempoh enam tahun selepas kali terakhir mencatat kemenangan pada 2017. - FB ARSENAL

LONDON – Pasukan Arsenal berharap dapat menamatkan badi tanpa kemenangan sejak 2017 dengan meraih keputusan positif menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton di Goodison Park malam ini.

Sebagai rekod, skuad The Gunners tidak pernah menang di gelanggang keramat The Toffees sejak meraih kemenangan 5-2 pada pertemuan liga enam tahun lalu.

Arteta mengakui situasi tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi percaya barisan pemain memiliki kualiti untuk mencipta kejutan ke atas kelab Everton nanti.

“Saya sangat teruja untuk bersaing dengan Everton khususnya di gelanggang lawan. Berdasarkan rekod lepas, kita tidak pernah menang sejak 2017 dan kita perlu menamatkan badi tersebut pada musim ini.

“Secara jujur, saya jangkakan pasukan lawan akan menggunakan taktikal fizikal seperti kebiasaannya dan pemain perlu bijak mengawal tekanan selain tidak terpedaya dengan helah lawan,” katanya.

Sementara itu, Arteta turut berharap pihak pengurusan menyelesaikan segera tawaran kontrak buat kapten pasukan, Martin Odegaard agar fokus boleh diberikan sepenuhnya oleh pemain itu di atas padang nanti

“Saya akui isu mengenai kontrak Odegaard mula timbul baru-baru ini dan optimis ia dapat diselesaikan dengan cara baik. Dia adalah kapten dan tunjang pasukan ini, sudah tentu kami mahu dia kekal untuk tempoh yang lama,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI