PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah diramalkan hampir seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sehingga pukul 1 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun hujan dijangka melanda seluruh negeri Perlis.
Seterusnya, cuaca sama juga diramal berlaku di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Yan.
Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. -KOSMO! ONLINE.