fbpx

ASEAN wilayah paling pesat berkembang 2023 – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

NANNING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, ASEAN akan kekal sebagai salah satu wilayah yang paling pesat berkembang pada 2023.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun menghadapi cabaran ekonomi global, ASEAN kekal sebagai destinasi menarik bagi pelaburan antarabangsa.

“Mencatat pertumbuhan ekonomi 5.5 peratus pada 2022 dengan 4.6 peratus (pertumbuhan) diunjurkan untuk 2023. Trajektori ini meletakkan ASEAN jauh di atas purata global.

“Ia sebagaimana diunjurkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 3.5 peratus untuk 2022 dan tiga peratus bagi 2023 dan 2024,” katanya semasa berucap pada perasmian Ekspo China-ASEAN ke-20 (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) di sini hari ini.

Anwar tiba di ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan China hari ini bagi menghadiri CAEXPO 2023 dan CABIS yang berlangsung dari 16 hingga 19 September.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanning Wuxu pada pukul 3.54 pagi waktu tempatan.

Beliau diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Anwar menyampaikan ucap selamat kepada para hadirin dengan menggunakan bahasa Cina ‘ge wei lai bin da jia hao’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI