fbpx

Akmal pertahan cadangan larang warga asing beli beras tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh mempertahankan cadangan beliau supaya beras tempatan dilarang dijual kepada warga asing.

Menurut beliau, cadangan ekoran kenaikan harga beras import tersebut tidak bersifat diskriminasi, sebaliknya tentang keutamaan yang perlu diberi kepada rakyat Malaysia.

“Ini bukan soal diskriminasi. Ini soal keutamaan perlu diberikan pada warganegara. Ketika beras tempatan berkurangan, seharusnya keutamaan diberi kepada warganegara sendiri.

“Betul pekerja asing pun bukan kaya raya, tetapi berbanding dengan komitmen mereka dengan rakyat Malaysia jauh berbeza,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Cadangan itu dikritik Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin yang menyifatkan ia sebagai satu mesej salah kerana mendiskriminasikan pekerja asing.

Beliau turut menyifatkan ia tidak praktikal kerana memerlukan pekerja kaunter menyemak kad pengenalan pelanggan selain gaji pekerja asing tidak besar dan mereka turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Muhamad Akmal berkata, pekerja asing tidak mempunyai komitmen seperti rakyat Malaysia yang perlu membayar hutang pinjaman termasuk rumah dan kereta.

“Mereka (pekerja asing) tinggal rumah sewa ramai-ramai, makan secara berjemaah. Jika beras tempatan ini berlambak di pasaran tiada masalah, tetapi hari ini nak beli pun susah malah terpaksa berebut dengan mereka.

“Tauke besar hanya memikirkan keuntungan dan paling penting barang mereka habis dijual kepada sesiapa sahaja, tetapi pemimpin memikirkan masalah sebenar rakyat.

“Bukan satu penyelesaian yang panjang, tetapi sekurang-kurangnya boleh mengurangkan bebanan awal ketika krisis ini berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI