fbpx

100 individu terlibat anjur pesta seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat suspek utama ditangkap kerana terlibat dalam penganjuran pesta seks di sebuah unit apartmen di Semanggi, Jakarta Selatan, Selasa lalu. - Kompas

JAKARTA – Polis Indonesia mendedahkan bahawa penganjur pesta seks yang diadakan di sebuah unit apartmen di Semanggi, Jakarta Selatan sebenarnya mempunyai 100 orang ahli, lapor portal berita Republika.

Polis Metro Jakarta Selatan menyerbu unit apartmen itu pada 8 September lalu dan berjaya menangkap empat orang termasuk sepasang suami isteri yang disyaki menjadi penganjur pesta tersebut.

“Pengikutnya ramai. Ada sekitar 100 ahli,” ujar Ketua Polis Jakarta Selatan, Asisten Komisioner Polis Bintoro.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan maklumat terperinci mengenai ahli-ahli pesta seks tersebut tetapi menyatakan, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap 100 anggota itu dan mengkategorinya sebagai saksi.

Tambah Bintoro, peserta-peserta yang menghadiri acara itu diwajibkan membayar wang pendaftaran sebanyak 1 juta rupiah (RM304.81).

“Sebenarnya bukan kali ini sahaja. Sudah berkali-kali acara itu diadakan,” kata Bintoro. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI