fbpx

Tetamu majlis perkahwinan seronok bawa pulang sayur segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tetamu majlis perkahwinan itu kelihatan memilih sayur-sayuran sesuai dengan keinginan mereka. - TikTok

JAKARTA – Satu rakaman video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah majlis perkahwinan menjadikan sayur-sayuran sebagai cenderahati untuk dibawa pulang oleh tetamu.

Laman berita SindoNews melaporkan, video itu dikongsikan dalam akaun TikTok @kamaniya.organizer semalam.

Pasangan pengantin bernama Andini dan Tirta mengedarkan cenderahati berupa sayur-sayuran pada majlis perkahwinan mereka.

Pelbagai jenis sayuran segar disediakan termasuk sawi, terung, lobak merah dan kacang panjang.

Tetamu majlis itu dibenarkan membawa pulang seberapa banyak sayur yang mereka suka. 

Pengurusan majlis itu malah menyediakan beg plastik kepada tetamu undangan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Si suami mesti memilih sayur sesuai pesanan isterinya,” komen seorang netizen.

“Ibu saya mesti seronok kalau pergi ke sana,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI