fbpx

Semangat merdeka atasi hadiah johan RM200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 300 penduduk sepakat menghiaskan taman perumahan mereka dengan Jalur Gemilang di Taman Putra, Juasseh di Kuala Pilah baru-baru ini.

KUALA PILAH – Lebih 300 penduduk di Taman Putra, Juasseh, di sini sepakat untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 de­ngan Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang di tujuh lorong taman perumahan tersebut.

Malah, idea berkenaan per­tama kali dizahirkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Putra dan mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada penduduk taman.

Menurut Naib Pengerusi KRT, Mastiara Abu Nawar, kebiasaannya setiap kali sambutan kemerdekaan, penduduk hanya mengibarkan bendera di rumah masing-masing.

“Kali ini mengambil sema­ngat kebersamaan penduduk dan hasrat agar generasi muda terdidik untuk mengibarkan Jalur Gemilang pada masa akan da­tang, kita menganjurkan pertandingan di setiap lorong.

“Apa yang menariknya, walaupun hadiah wang tunai yang ditawarkan tidak seberapa iaitu johan RM200, naib johan RM150, ketiga RM100, manakala sagu hati RM50, penduduk telah tampil dengan idea kreatif serta menyumbang ratusan ringgit bagi membina arca, pintu gerbang, wau bulan dan lain-lain lagi,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, penghakiman dibuat berdasarkan empat kate­gori iaitu kerjasama berkumpulan, unsur patriotik, kekemasan dan kreativiti pada 30 Ogos lalu yang mana keputusan dan penyam­paian hadiah pada 16 September sempena Hari Malaysia.

Sementara itu, seorang penduduk, Noor Hasima Mohd. Tahir, 63, berkata, ganjaran kemenangan bukanlah menjadi keutamaan kerana jika diikutkan hadiah tidak setimpal dengan jumlah perbelanjaan yang dike­luarkan penduduk.

“Namun, keseronokan kerja­sama dan saling membantu antara­ penduduk lorong dalam mengi­barkan Jalur Gemilang di lorong masing-masing itu menjadikan hubungan kami lebih akrab.

“Malah, secara tidak langsung, anak-anak juga akan terdidik untuk memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dengan kibaran Jalur Gemilang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI