fbpx

Selangor usaha pulihkan bangunan dan lokasi bersejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Borhan memalu gong sebagai simbolik penutupan karnival tersebut di Istana Bandar Jugra, Kuala Langat hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KUALA LANGAT – Kerajaan negeri komited untuk memulihara bangunan bersejarah di daerah ini bagi memastikan menjadi tarikan pelancong domestik dan luar negara.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah berkata, ini termasuk penyediaan Pelan Pengurusan Pemuliharaan (CMP) bagi mengenal pasti bentuk baik pulih dan kos yang terlibat.

Katanya, Istana Bandar Jugra ini contohnya memerlukan baik pulih terutama melibatkan struktur bumbung.

“Proses baik pulih mengambil masa dalam tiga atau empat tahun sebelum ia boleh dilawati oleh para pelancong.Segala peruntukkan adalah dari Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya.

“Selain istana bandar, kita turut akan mewartakan peninggalan sejarah seperti
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Pusat Kusta Negara dan kapal korek bijih timah di Dengkil untuk menjadi Muzium Perlombongan,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan penutupan Karnival Jejak Warisan Merdeka dan Pelancaran Buku Pemetaan Warisan Bandar-Bandar Diraja Di Malaysia di Istana Bandar, Jugra di sini hari ini.

Mengulas mengenai Buku Pemetaan Warisan itu, Borhan menjelaskan ia memberikan laporan terperinci mengenai keunikan seni dan reka bentuk bangunan warisan pentadbiran bandar diraja sembilan negeri di negara ini.

“Istana bandar (Kuala Langat) dan Istana Menanti di Negeri Sembilan mempunyai kekuatan keunikannya sendiri yang boleh dipelajari generasi muda.

“Dengan adanya buku ini, kita berharap akan terus dapat memelihara bangunan warisan bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI