fbpx

Selangor lakar rekod baharu edar 100,000 sate percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizam (tengah) menerima plak Malaysia Book of Record bersempena Fiesta Sate Selangor di Pantai Bagan Lalang, Sepang, hari ini. Foto oleh AMREE AHMAD/KOSMO!

SEPANG – Selepas lapan tahun pernah mencipta rekod pembakaran sate terpanjang di Malaysia, Selangor sekali lagi melakar sejarah tersendiri hidangan warisan popular itu.

Negeri Selangor membuat rekod baharu bagi pengedaran secara percuma paling banyak iaitu sejumlah 100,000 cucuk sate dalam satu program sahaja.

Ia dicapai pada Fiesta Sate Selangor 2023 yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri tersebut, Datuk Rizam Ismail.

“Saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa kita berjaya merekodkan lebih 10,000 pengunjung yang hadir untuk memeriahkan acara julung kali ini,” kata Rizam ketika berucap pada fiesta berkenaan di sini, hari ini.

Sijil pengiktirafan rekod berkenaan disampaikan oleh Eksekutif Malaysia Book of Records, Mohd. Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi.

Fiesta berkenaan dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa dan Perpaduan Selangor, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor serta Majlis Kebudayaan Selangor.

Pada 30 Mei 2015, Selangor mencipta sejarah apabila 50,000 cucuk sate dibakar melibatkan jarak sepanjang 1.2 kilometer ketika Karnival 1,001 Rasa Sate Kajang.

Mengulas lanjut, Rizam berkata, Fiesta Sate Selangor merupakan salah satu program makanan warisan negeri berkenaan yang diadakan secara tahunan oleh kerajaan negeri itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI