fbpx

Selangor antara sembilan negeri alami cuaca buruk malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan buah negeri sehingga pukul 8 malam, ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya menerusi laman sesawang berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan seluruh negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di negeri Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).

“Cuaca buruk itu dijangka berlaku di utara Semenanjung melibatkan negeri Kedah di Langkawi, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Manakala di Perak melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Negeri pantai timur pula hanya melibatkan Pahang di beberapa kawasan antaranya Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin.

“Bagi Negeri Sembilan, hujan lebat lebih tertumpu di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin serta Johor di daerah Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang,” katanya dalam hantaran sama.

Dalam pada itu, hujan lebat dan ribut turut diramalkan di beberapa kawasan di negeri Sarawak yang dijangkakan berlaku di sekitar Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh).

“Selain itu, cuaca buruk yang sama turut diramal melanda Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas), Sabah,” tambah MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI